pregnancy n baby

Kini anda boleh dapatkan sokongan dan lindungi si manja sebelum dia melihat dunia untuk pertama kali

Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.
Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa dilindungi – dari mula lagi.

1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.

2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?

Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda berumur di antara 19 dan 45 tahun.

perut ibu

3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya bersedia untuk berkeluarga?

Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran.
Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.

4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?

Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.

5. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?

tablemychild

Posted on by perancangtakaful | Leave a comment

pruBSN SMARTLINK

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.

budak_smartlink

Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui PruBSN SmartLink.

page21

Untuk mengukuhkan lagi pelan, manfaat tambahan berikut boleh disertakan untuk mendapat perlindungan tambahan.

page22

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

PruBSN UMMAH

umm1

Teringin untuk tunaikan IBADAH HAJI tetapi kos terlalu tinggi dan simpanan masih belum mencukupi? Inilah Saatnya Untuk Anda Ketahui…

Insyallah anda dijamin haji dalam masa 14 hari dengan menyimpan hanya bermula dengan RM1.67 sehari melalui program JAMINAN HAJI PruBSN Ummah

Apa Yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan

1.Manfaat-manfaat Haji/Umrah.
* Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
* Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji(Upah orang tunaikan haji).
* Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

2.Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
* Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
* Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
* Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

3.Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.
* Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.

4.Tingkatkan simpanan anda
* Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

5.Manfaat-manfaat penyakit kritikal.
* Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.

6.Bonus Loyalti.

* Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
* Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.

ummah1

ummah 2

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

Penama Takaful / Insurans: Jangan Letak Nama Anak!

Artikel ini turut disiarkan di Majalah Niaga, sebuah majalah keusahawanan online

Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;

”Kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama,” kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini, saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anak mereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.

Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

Jom ketahui apakah Insuran, Insuran Konvensional dan Insuran patuh syariat (Takaful)

‎- Ilmu Allah yang luas, bukan milik saya seorang tapi milik kita semua

. –


Businessman (india): saya akan pastikan setiap pekerja saya ada perlindungan insuran, kalau diorang tak ada saya akan buatkan.

saya: wah.. bagusnya uncle fikirkan siap2 untuk orang lain juga..

businessman tersebut tersenyum dan diam seketika, lalu berkata “Saya tahu ianya penting, ramai orang MELAYU yang belum sedar betapa penting ada insuran.”

Melihat gayanya bercakap saya terdiam seketika dan tanpa sedar saya mengangguk, malu rasenya seolah2 saya disindir.. namun saya akui puncanya adalah kerana orang melayu kurang ambil tahu dan apabila tidak benar2 tahu mereka mudah membuat kesimpulan “insuran itu haram…”

Saya bukanlah ingin mengajar sesiapa dan memaksa sesiapapun mempunyai polisi insuran mahupun takaful. saya berkongsi apa yang saya tahu ini sekadar ilmu cetek saya yang barangkali boleh mengubah cara kita berfikir dan memandang sesuatu perkara di luar ruang lingkup pengajian kita. Bagaimana anda ingin menilainya kemudian adalah hak anda. yang penting menilailah sesuatu perkara yang kita tahu.

Insuran terbahagi kepada dua iaitu insuran konvensional dan insuran yang berkonsepkan syariat iaitu takaful. Insuran yang berasal dari perkataan ‘insure’ membawa maksud melindungi. idea mudahnya adalah apabila caruman wang diberikan bererti kita bersetuju untuk mendapat perlindungan. sekiranya kita ditimpa musibah, kita layak mendapat pampasan.

Insuran ini konsep teorinya terdapat 3 JENIS. Term (bertempoh), Wholelife (sepanjang hayat) dan endowment (biaya dan untung).
Term insuran kata mudahnya anda mencarum setiap bulan dan anda bersetuju mendapatkan perlindungan untuk tempoh yang ditetapkan, contoh 20 tahun dengan bayaran RM 30 sebulan. Ianya memang murah, namun ia hanya sekadar perlindungan dimana jika anda tidak ditimpa musibah dalam masa 20 tahun, wang anda tidak dapat balik (burn). Manakala Whole life dan endowment adalah jenis insuran yang banyak diguna pakai hari ini, kedua2nya terdapat elemen simpanan dan pelaburan. Namun whole life adalah dengan tempoh yang panjang contohnya sehingga umur kita 80-100 tahun. Endowment pula ianya bertempoh sederhana, sebagai contoh sehingga umur kita 50-60 tahun.

Hari ini hasil inovasi dalam industri insuran ketiga-tiga jenis teori ini telah digunapakai dan diperbaharui dengan konsep2 yang lebih relevan dengan kehendak masa kini. Banyak syarikat insuran mengeluarkan produk ataupun pelan yang menarik minat masyarakat untuk mencarum di dalam syarikatnya. tetapi secara jujurnya sekira anda faham produk2 insuran, anda akan lihat adalah lebih kurang sahaja jika dibandingkan kesemuanya. Yang ‘coverage’ tinggi mungkin anda fikir syarikatnya kukuh. tetapi di sudut lain jika coverage tinggi, mungkin dari RM100 wang yang anda carumkan, lebih dari separuh daripadanya adalah untuk ‘coverage’ sahaja. Bermakna baki untuk dilaburkan akan berkurangan. Anda berhak bertanya kepada perunding yang memperkenalkan anda insuran tersebut bagaimana pecahannya RM yang anda carumkan. Ini adalah tindakan bijak sesetengah pelanggan.

Secara asasnya, insuran adalah method yang dikatakan tunjang dalam perancangan kewangan yang betul. SEBELUM menyimpan wang, melabur dan memiliki apa-apa harta, insuran adalah perkara yang terlebih dahulu harus kita miliki. Ia adalah kerana apabila sebanyak mana pun wang simpanan dan pelaburan anda, jika anda ditimpa sebarang musibah contohnya jatuh sakit, wang simpanan dan pelaburan anda tidak akan disentuh langsung apabila anda memiliki insuran (ini tertakluk kepada ko-insuran sesebuah syarikat tersebut). Tambahan pula, apabila anda mencarum,sebenarnya anda memiliki hak untuk menamakan waris anda, ini adalah asas wasiat yang ramai orang melayu terlepas pandang. Contohnya, apabila anda menyimpan RM 200 sebulan, pampasan kematian adalah sebanyak RM80,000, mungkin setelah beberapa tahun simpanan anda telah mecapai RM 20,000, jika anda ditakdirkan Allah meninggal dunia, waris-waris yang anda tinggalkan seperti anak dan isteri mendapat sejumlah wang RM100,000 (pampasan dan simpanan anda). Wang tersebut lah yang bakal digunakan untuk membayar hutang anda yang terbaki di dunia serta belanja2 waris dalam sesuatu tempoh.

Namun mengapa insuran dikatakan haram? sebenarnya yang haram adalah insuran konvensional yang berbentuk urusan jual beli. pembeli tersebut adalah pencarum yang seolah2 menjual risikonya, dan penjualnya adalah syarikat insuran tersebut yang seolah2 terus menanggung risiko-risiko si pembeli. Disini terdapat unsur riba, gharar(ketidakpastian), serta maisir (satu perjudian). Apabila ia INSURAN NYAWA, asasnya nyawa milik Allah..tiada istilah insuran nyawa yang dibenarkan. Tambahan pula rukun jual beli mesti ada penjual dan pembeli, akad antara kedua nya beserta BARANG. namun jual beli insuran tiada barang. Nyatalah konsep ini haram, sesungguhnya objektif sebenarnya adalah untuk mengalihkan risiko, dan ianya baik, namun caranya salah disegi syariat islam.

Justeru, Insuran patuh syariat iaitu Takaful adalah alternatifnya kepada orang yg beragama islam. Ia dibawa ke Malaysia sekitar tahun 70-an dan diaktakan bawah Takaful act 1984. Takaful berasal dari perkataan arab yang berbunyi ‘Kafala’, jika tidak silap saya ia bererti saling melindungi dan saling bertanggungjawab. Ia bebas dari unsur Riba, Gharar dan Maisir. Setiap PESERTA takaful akan mencarum wangnya untuk diletakkan dalam beberapa tabung iaitu tabung Tabarru’ (derma), Tabung peserta, dan Tabung Pelaburan. Hasil dari keuntungan ketiga2 tabung akan dikongsi persama pengendali takaful. Inilah konsep yang dibenarkan dalam Islam, iaitu konsep Mudharabah (Perkongsian untung). Bagaimana boleh ada keuntungan dari tabung Tabarru’? ia akan menghasilkan surplus sekiranya kadar jemaah yg ditimpa musibah adalah kurang daripada kadar yang dianggarkan. Secara ringkasnya takaful adalah insuran patuh syariat yang turut penting dalam institusi kewangan di Malaysia.

Kini boleh lihat bagaimana insuran beroperasi? nampak apa beza insuran konvensional dengan Takaful? saya tidak ‘banned’ insuran konvensional sebab ia adalah pilihan bagi mereka yang bukan islam. Tetapi yang muslim mereka ada 12 pilihan syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia. Jadi, sebagai seorang insan yang kecil di bumi Allah ini saya menyeru semua mula mengubah persepsi tentang insuran, dan bandingkan sendiri insuran konvensional dengan takaful. Moga-moga ilmu ini dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang. insyaAllah. Terima kasih

Wallahu’alam. Wassalam

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

Takaful??? adakah ianya penting untuk anda??

SIMPANAN SAYA DAH MENCUKUPI

Apakah sebab anda membuat simpanan? Untuk persaraan? Untuk mengerjakan haji? Atau melancong? Bagaimana pula sekiranya anda di serang penyakit kritikal atau meninggal dunia? Adakah orang dibawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih malang lagi terpaksa membayar hutang? Tanpa perlindungan diri dan keluarga, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Takaful pula akan melindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan ditanggung. Takaful juga lah yang akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.

TAKAFUL MAHAL

Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.40 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan sesorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful. Mengapa? Takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, orang tanggungan anda mendapat wang yang lebih dari nilai caruman anda.Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda mendapat wang simpanan anda.

SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL

Adakah benar? Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya, sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan Takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya, kemungkinan ianya sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan. Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan / kehilang upayaan anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas, berjumpalah dengan takaful agent professional anda

TUNGGU DULU

Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan perlindungan diri. Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, risiko juga akan bertambah, bermakna kos takaful juga akan bertambah. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu lagi! Sertailah pelan perlindungan diri dan keluarga sekarang

SAYA TAK PERCAYA TAKAFUL AGENT

Ejen takaful hanyalah orang tengah antara masalah anda dan penyelesaiannya. Carilah nasihat dari agen yang professional. Bayarlah caruman anda terus ke pihak Takaful, secara auto debit atau kad kredit. Dengan cara tersebut, anda yakin wang anda disalurkan ke tempat yang betul. Agen juga adalah manusia biasa, yang mana tidak dapat lari dari sakit dan kematian. Tetapi syarikat takaful masih kukuh walaupun agen bertukar ganti.

TAKAFUL MEMBERI PULANGAN YANG RENDAH, RUGI

Takaful adalah produk kewangan yang melindungi kewangan anda. Anda hendaklah memahami bahawa ia akan membayar apabila anda betul-betul memerlukan wang. Tiada produk kewangan lain / pelaburan lain yang mampu menandingi takaful.

SAYA TAK MINAT DENGAN TAKAFUL

Takaful dibeli semasa anda tak minat, takaful dibeli semasa anda sibuk dan takaful juga dibeli semasa anda tidak perlukannya, Ramai yang nak beli semasa minat, semasa sudah tidak sbuk dan semasa perlukan. Sebenarnya sudah terlewat pada masa itu.

SAYA DAH ADA TAKAFUL

Ianya adalah satu permulaan yang bagus, anda sudah pun mempunyai perlindungan. Tetapi masa berubah dan banyak benda akan berubah termasuk keperluan kewangan. Sudahkan anda menyemak keperluan anda dan keluarga? Sudahkah anda mengkaji keperluan risiko anda? Adakah takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka? Anda perlu dapatkan Takaful yang lebih sesuai untuk diri dan keluarga anda.

SAYA MASIH MUDA

Usia muda dan sihat adalah waktu yang sesuai untuk penyertaan takaful kerana murah dan lebih banyak simpanan yang akan anda dapati ketika usia emas. Muda tidak bermakna anda kekal sihat atau tidak meninggal dunia. Kemalangan dan ajal berlaku tidak mengira usia. Anda pasti tidak dapat menyertai pelan takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal pada usia muda.

SAYA TIDAK MAMPU

Sekiranya anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas anda patut menyertai pelan takaful sekarang kerana melalui perancangan yang jelas dan betul, anda pasti akan membuat belanjawan perbelanjaan dan pendapatan akan datang. Bukankah konsep yang sama anda gunakan untuk pelaburan membeli rumah, kereta atau perbelanjaan lain yang anda rasa tidak mampu…?

Insyallah di MULTI-X Associates kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anda.

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

Berwaspadalah dengan panggilan “telemarketer”

Pernahkah anda menerima panggilan seperti ini??

“Hai saya membuat panggilan dari Syarikat ABC & sedang membuat promosi kepada pelanggan bertuah kami…kami tawarkan insuran/kad kredit/produk lain dengan harga paling murah iaitu hanya RM30 sebulan & anda akan menikmati banyak manfaat antaranya ialah……………anda hanya perlu katakan ya dan kami akan membuat potongan melalui kad kredit anda secara automatik,sila berikan no kad kredit anda?”

BERWASPADALAH!!

Kemungkinan ia merupakan penipuan telemarketing.Mungkin juga ia memang panggilan dari syarikat yang sah.Jika ia memang dari syarikat yang sah,anda janganlah terus berkata YA,dapatkanlah nasihat dahulu dari ejen anda ataupun boleh terus hubungi saya.Biasanya produk-produk yang ditawarkan agak murah tetapi adakah ia bersesuaian dan memenuhi keperluan anda??jika sesuatu berlaku dan anda ingin membuat tuntutan tetapi terdapat masalah atau pertanyaan,pada siapakah anda ingin rujuk??anda kenal siapa yang menelefon anda itu?? Nasihat saya JANGAN ambil apa-apa produk pon dari panggilan telemarketer.Seelok-eloknya datanglah berjumpa terus dengan ejen atau syarikat tersebut.Jika ingin dapatkan konsultasi mengenai insuran hayat atau insuran kesihatan kad perubatan dari PRUDENTIAL,boleh terus telefon saya untuk temujanji Zuraida Said 012-2285417

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

TRAINING UNTUK EJEN BARU – PERANCANG KEWANGAN

Kepada yang berminat untuk mengubah gaya hidup anda, berikut adalah aktiviti yang disediakan oleh agency supaya anda dapat bersama-sama grow dalam perniagaan insurans takaful

Untuk ejen baru Multi-X Associates akan menyediakan training 2 kali setiap minggu iaitu pada hari Rabu jam 8.15 mlm dan hari Sabtu pada jam 1.00 tengahari, tujuan training ini diadakan adalah supaya setiap ejen baru yang menyertai agency dapat menyiapkan diri dengan ilmu sebelum memulakan perniagaan. Yang menarik tentang perniagaan insurans takaful adalah training adalah PERCUMA dan aktiviti dibuat secara berkumpulan.

Disamping itu juga latihan berterusan akan diberikan untuk memastikan perjalanan perniagaan anda adalah lancar.

Disamping itu juga akitiviti aktiviti lain agency adalah seperti BUSINESS OPPORTUNITIES PRESENTATION (BOP) yang dijalankan 2 kali sebulan pada setiap hari Rabu jam 8.15 mlm dengan tujuan untuk merekrut ahli-ahli baru. Dan juga agency meeting sekali sebulan untuk latest update.

Insyallah di MULTI-X Associates kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anda.

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

perangkap hutang sambung bayar

Kali ini saya ingin berkongsi menegenai “perangkap hutang sambung bayar” atau dalam erti kata lain “sewa beli”. Ada kawan2 kita yg pernah berdepan dengan situasi sebegini, walaubagaimanapun dengan informasi yg saya sampaikan ini sedikit sebanyak dapat menambah baik ilmu pengetahuan anda semua.

Ini adalah kisah benar  dimana SALLEH, 33, seorang operator pengeluaran tidak mempunyai masalah membeli sebuah kereta berharga RM60,000 dengan gaji serta kerja lebih masanya di sebuah kilang.

Bagaimanapun, isu bermula apabila kilangnya berdepan masalah kewangan dan terpaksa mengecilkan operasi. Akibatnya, Salleh hilang pekerjaan dan terpaksa menggunakan simpanannya untuk menyara keluarga dan membayar ansuran bulanan kereta.

Simpanannya semakin berkurangan dan dia tidak mampu untuk membayar kereta, tetapi seorang rakan, Ahmad muncul menawarkan membeli kereta itu. Baki pinjaman bank masih ada RM40,000 dan Ahmad berjanji akan menyambung bayar wang itu tanpa menukarkan nama pemilik asal.

Salleh bersetuju ditambah pula Ahmad memberi wang tunai RM1,000 kepadanya. Setahun kemudian, Salleh mula menerima surat peringatan dari bank kerana kegagalannya membayar tunggakan pinjaman berbaki RM30,000.

Ahmad pula gagal dihubungi dan tidak lama selepas itu, Salleh menerima notis bankrupsi daripada bank.

Sama ada sedar atau tidak, ramai di kalangan kita berdepan masalah sama dihadapi Salleh. Percayakan seseorang untuk menyambung bayar kenderaan tanpa menukarkan nama pemilikan yang akhirnya menyebabkan pemilik asal terperangkap dalam masalah hutang.

Amalan itu berlaku disebabkan terlalu percayakan seseorang.

Perkara sama juga boleh berlaku apabila individu itu mahu membeli kereta baru sedangkan hutang kereta lama masih belum langsai. Dia kemudian menyerahkan kereta lamanya sama ada kepada anggota keluarga atau rakan karib tanpa menukar nama pemilikan supaya menyambung pembayaran.

Tanpa disedari, tindakan itu berisiko kerana pinjaman berkenaan mungkin tidak akan dibayar menyebabkan pemilik asal berdepan masalah hutang yang besar,

Apabila menjual kereta dalam tempoh masih terikat dengan perjanjian sewa beli, pastikan baki tertunggak dijelaskan sepenuhnya dengan bank sebelum memindahkan pemilikan.

Anda akan bertanggungjawab bagi apa-apa ansuran tidak dibayar selagi pinjaman sewa beli masih di bawah nama anda.

Beberapa tip jika anda mahu membeli kereta baru iaitu:
•  Pastikan anda berkemampuan membayar pinjaman dengan baik;
•  Sedar bahawa membeli kereta bukan sekadar membayar ansuran bulanan saja, sebaliknya ada kos lain perlu ditanggung;
•  Pastikan membayar ansuran bulanan mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelakkan penalti atau lebih teruk kereta ditarik;
•  Lebih baik memilih pinjaman yang lebih kecil dengan tempoh pembayaran pendek dan jika menjual kereta lama, baki tertunggak dijelaskan sepenuhnya dengan bank sebelum pindah milik.

Menurut Koid, kebanyakan pembeli hanya memikirkan ansuran bulanan yang perlu dibayar tanpa mengambil kira kos lain seperti insurans, cukai jalan, petrol, baik pulih dan penyelenggaraan, tol serta parkir.

Apabila membeli kereta menjadi keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada membeli kereta baru atau terpakai. Ramai berpendapat kereta baru lebih baik kerana kos penyelenggaraan yang rendah, namun ia juga mempunyai kekurangan.

Ketika mahu membuat keputusan jenis kereta yang diperlukan, kemampuan perlu dinilai terlebih dulu. Jika ia didapati membebankan, beli kereta terpakai yang dalam keadaan baik, lagipun ia hanya sebuah kenderaan untuk membawa kita dari satu tempat ke tempat lain.

So kesimpulannya utk mengelakkan masalah sebegini terjadi, pastikan urusan dibuat ada black n white

Posted in PruBSN UMMAH | Leave a comment

saya berkemampuan untuk behutang lagi..

Sepertimana yang kita selalu dengar di media masa, jumlah golongan muda yang berstatus jutawan bangkrup semakin meningkat saban tahun. Peningkatan ini mempunyai berbagai punca dan sebab dan setiap orang mempunyai kisah dan alasan tersendiri untuk menerangkan kenapa perkara ini terjadi kepadanya…

Ada 7 sebab paling utama kenapa rakyat Malaysia gagal bayar hutang…agak mengejutkan kan?

Saya sebagai penasihat kewangan sangat-sangat suka untuk sharing pasal faktor yang pertama…iaitu Perbelanjaan perubatan yang tinggi…salah satu skop dalam kerjaya saya sekarang adalah berkenaan menerangkan bagaimana Prudential BSN Takaful Berhad mampu membantu anda untuk tidak menyumbang kepada pertambahan statistik orang berhutang akibat kos perubatan…ayat memang cantik…tapi bagaimana sebetul-betulnya? Ramai prospect yang saya jumpa bila ditanya jer mereka dah memiliki plan takaful…dah ada medikal kad…dah ada insurans kompeni…ada aje jawapan yang diberikan…dah ada medikal kad amik kat sekolah, boleh cover satu family unlimited…masuk berapa orang pun dalam hospital swasta pun tak pa…seolah-olah apa yang ditanya oleh agent kepada mereka adalah satu jenaka atau stupid jokes…tak kurang pula prospect yang memandang agen-agen insurans seperti seekor lalat yang hanya mengganggu kehidupan harian mereka.

Sebagai seorang penasihat kewangan, tugas saya hanya berkongsi maklumat yang saya ada…apa yang saya mampu katakan adalah…anda boleh membuat pilihan samada menerima cadangan dan saranan saya agar mula menganalisis keadaan kewangan semasa anda dan mulakan untuk melangsaikan hutang-hutang lapuk yang masih tertunggak atau hanya tidak berbuat apa-apa sehingga segalanya dah terlalu lewat…

Untuk menyelesaikan masalah hutang kos perubatan…saya menyarankan untuk anda bertemu dengan penasihat kewangan dan duduk bersama mereka berbincang plan apakah yang terbaik berdasarkan budget dan keperluan semasa…tak rugi pun berjumpa dengan mereka…dan saya dapat memberikan jaminan mereka tidak akan sesekali memaksa untuk anda signup apa-apa pun plan perlindungan…setiap plan yang ter”signup” pun memiliki cooling period 15hari selepas dapat polisi untuk memberikan peluang untuk anda berfikir samada plan ini bagus untuk anda…anda tidak suka, pulangkan kembali polisi dan Prudential BSN Takaful Berhad akan memberikan FULL REFUND NO QUESTION ASK…

Posted in PruBSN UMMAH | Tagged | Leave a comment